Monday 27 June 2022

THUNDERMOTHER band makcik-makcik


Assuming korang tak kenal lagi band ni la kan. 

Band ni dianggotai oleh wanita berpangkat makcik! At least, itulah yang nampak pada fizikal mereka. Aku assume saja.

Nama band pun ThunderMOTHER.

Tapi band ni ROCKS la weehhhh...

Muziknya pub rock/arena rock dengan pengaruh keras dari AC/DC.

Paling ketat pengaruhnya, aku rasa ini versi wanita untuk band dari Australia, AIRBOURNE.

AIRBOURNE pun best wehh... boleh baca pengalaman aku tengok show last depa masa kat Adelaide dulu.

Thundermother don’t just play rock’n’roll. Thundermother are rock’n’roll!

Punya best sampai aku beli semua Thundermother ni haaaa. Kalau korang nak beli, beli kat ROCK AT LARGE sementara stok masih ada.

Tahniah kepada Thundermother kerana jadi band special guest untuk tour SCORPIONS / WHITESNAKE nanti.

New album will also be out soon!

  • 2014: Rock N Roll Disaster
  • 2015: Road Fever
  • 2018: Thundermother
  • 2020: Heat Wave




Saturday 25 June 2022

MEGADETH We'll Be Back single

Power... power... POWER WEH!!!

Dimulakan dengan gitar bunyi tajam umpama pisau yang menghiris hati yang kemudiannya disahut oleh ritma thrashy yang asli. Abang Mus memulakan bait-bait liriknya dengan vokal menderam trademark hakiki beliau. Bahagian pertama lagu ini adalah kesemuanya yang kita kenali sebagai Megadeth. Gitar solo maut oleh Kiko Loureiro yang sekali sekala disambut oleh gitar solo Abang Mus kita. Drum padu. Cuma bass Steve Digiorgio tak berapa menyerlah la pulak. Ke Steve tak pakai fretless bass beliau?

Bahagian kedua lagu ini dengan irama groove hangguk kepala yang ekstrim. Andai pakcik yang tua ini masih muda, pasti terbalik meja PC menulis ini dikerjakan. Namun disebabkan usia dah lanjut, kita hangguk secara manja sajalah, takut-takut diperhati oleh anak-anak milenial yang sarkastik (dan depressed - camana ada dua sekali ni tak tau la budak2 milenial ni) ;)

Oh ye muzik video lagu ni pun power weh!! Dah macam movie punya trailer. Sila lihat di bawah.

Dengan lain perkataan, lagu We'll Be Back ini meremangkan bulu roma dan menaikkan darah marah muda. MEGADETH will be back!!! 

Album baru, The Sick, The Dying… And The Dead! akan dirilis pada 2hb September! Tak sabar... tak sabar!



Maklumat album boleh dibaca DI SINI.

Thursday 23 June 2022

Bangunan setinggi 15 km?

Bangunan 15 km tinggi?

Harus terbina dengan syarat betul:

1. Bahan binaan 

2. Analisis struktur 

3. Rekabentuk

4. Teknologi pembinaan


Kenapa sekarang takde dulu ada? Mungkin kombinasi 1-4 ada pada zaman tu tetapi zaman ni takde (hilang).

Akan datang, kemungkinan ada tak? Mungkin ada.

Zaman dulu zaman pelik-pelik ye? Iye!

--------------------------------------


Mohon klik link ini List of visionary tall buildings and structures

Harus terbina dengan syarat betul:

1. Bahan binaan 

2. Analisis struktur 

3. Rekabentuk

4. Teknologi pembinaan


4 syarat ni semua engineers tau dan belajar kat uni.

------------------------------------


Yang ni camana pulak wahai penganut agama sains? Nak percaya ke tak? Power ni Roger Penrose. Apa maksud Penrose? Maksudnya alam semesta ni takde mula dan takde akhir. Maksudnya?

Sila belajar sifat 20.





Tuesday 21 June 2022

THE CARDIGANS dah start balik tour!

 Adakah peluang untuk album baru???

PLEASEEEEEE album baru satu!



The Cardigans ni adalah antara band bukan rock/metal yang aku minat sangat. Suara manja  Nina Persson tetap menjadi pujaan hatiku! Ironinya, founder The Cardigans adalah pemuzik metal pada asalnya. 

"Peter Svensson and Magnus Sveningsson, both heavy metal musicians, formed the group on 31 October 1992 in Jönköping, Sweden, with drummer Bengt Lagerberg, keyboardist Lars-Olof Johansson and lead singer Nina Persson.[4] Persson did not want to be a musician growing up, having an interest in art instead, which resulted in her attending art school. "I never really strived to be a musician; I was just, sort of, recruited into this band. I was bored out of my mind in this small, safe place (Jönköping). I was like, 'Awesome, I get to hang with fun guys.'"

Aku mula kenal dengan The Cardigans melalui album Gran Turismo (1998) iaitu album yang ke-empat. Kalau korang nak start dengar The Cardigans, aku cadangkan album-album di bawah ini (BOLD dengan link Spotify) iaitu 3 album terakhir. Tiga album pertama stail dia lain sikit.

Monday 13 June 2022

SCORPIONS Rock Believer 2022 adalah homage kepada 80's Scorpions


SCORPIONS Rock Believer 2022 adalah homage kepada 80's Scorpions #1

Lagu pembuka Gas In The Tank punya intro tanpa ragu-ragu adalah homage kepada lagu Can't Live Without You (album Blackout). Sebuah lagu pembuka yang membuka selera. Simple melodi tapi in-your-face punya ritma. Tajam yang menusuk kalbu. Jika dimainkan dalam arena, akan jadi sing-a-long punya lagu. Bahu berjongket, kaki bergoyang, kepala menggangguk dan mulut kumat kamit ikut lirik. Part korus, satu stadium menjerit.

nota - gitar note ketika verse seolah-olah lagu Wild Child (WASP) la pulak!

SCORPIONS Rock Believer 2022 adalah homage kepada 80's Scorpions #2

Lagu kedua dalam album ini ialah Roots In My Boots. Hahaha.... riff awal dia memang Blackout habishhhhhh... *hangguk kepala dengan laju ikut gitar*  Cuma lagu blackout tu *bpm tu perlahan sikit dari bpm Roots in My Boots. 

Struktur lagu pun sama. Eh memang semua struktur lagu Scorpions macam tu la verse bridge verse bridge chorus... solo gitar dan repeat verse bridge.

Sebelum solo gitar lagu Roots, semua instrumen stop kecuali vokal. SAMA le juga sebelum solo gitar blackout semua instrumen berhenti (dengan sustain) kecuali vokal.

Nak kata apa lagi? Memang homage abisshhh...


SCORPIONS Rock Believer 2022 adalah homage kepada 80's Scorpions #3

Lagu ketiga dalam album ini ialah Knock Em Dead (KED). Haaaa... homage lagu mana pulak?

Loving You Sunday Morning (LYSM) (album Lovedrive) hahah....

Start dengan riff gitar dan attack drum. Sama la macam lagu Loving You Sunday Morning (tanpa drum attack) sebelum masuk riff utama.

Tapi tak obvious la sangat bila lepas attack dan riff utama tu. Part hooo  aaaa wa pa pa pa pa pa dalam LYSM tu takde la depa copy masuk dalam KED. Patut depa copy tapi buat la sebutan lain Sha na na na na ke...



SCORPIONS Rock Believer 2022 adalah homage kepada 80's Scorpions #4

Lagu keempat ialah Rock Believer.. Ha... homage lagu apa? Lagu apa? Kalau tak dapat detect, buang je la cd lp Scorpions hampa tu hahaha....

No One Like You (album Blackout)

Riffs awal sama. Masa gitar plucking pun sama. Part bridge pun sama. 

Dua2 ada LIKE YOU.... Hang memang la Klaus, geram aku.

Take note official video Rock Believer, dipenuhi dengan montage video Scorpions zaman 80an tu. Siapa tak perasan tu tak tau la. Umur dah 70an. Apa sifat orang tua? Ya... mengenang zaman muda.

Lirik pun kalau dihayati, walaupun umur baru 40an, rasa nak menangis juga la kan. Ya la, dah tak boleh lompat2 macam dulu sangat, nanti jammed pinggang lutut semua. 

Scream for me screamer, I'm a rock believer like you just like you...










Sunday 12 June 2022

Rebel


Ada tak orang camni...

SEARCH rilis Cinta Buatan Malaysia. Tengok cover kaset, wow, ini rebel! Teruja dan terus beli dan terus hafal semua lagu.

Lepas tu, Langit & Bumi, Man Kidal dah takde tapi masuk Hillary Ang. Wow, boleh tahan. Best wooo... lagu-lagu *kira* masih rebel lagi.

Then Mentari Merah di Ufuk Timur... ok dah slow. Dan bermula lambakan rock kapak di pasaran.

Time tu dah tak boleh absorb dah. Mula kutuk band2 ni takde lagu sendiri, lagu-lagu semua orang lain cipta termasuklah lirik, pakai session dalam studio, lagu dah mula jadi pop, lagu slow rock mendayu2...

Ini menyebabkan anda menjauhi rock kapak. Budak2 rock kapak pun anti anda, anda pun anti rock kapak.

Anda mulai mencari dan meminati muzik rock/metal yang lebih rebel. Yang lebih *honest* sebab semua lagu/lirik adalah ciptaan sendiri dan dan dan... macam-macam alasan lagi.

Ada tak?

Kalau ada, kenapa anda sekarang berubah diri?


Bagaimana hendak menghadapi VoiVod?


Ramai peminat muzik Thrash Metal yang cuba nak meminati VoiVod tetapi tak dapat minat juga. Adakah anda dalam golongan ini?

Pertama kali saya kenal dengan VoiVod ialah melalui album Dimension Hatross (1988). Kaset Apache cetak rompak. Apa jadi dengan kaset tu? Saya guna untuk dubbing lain. Ya, that bad. Tak boleh masuk langsung.

Pendengaran saya mula berubah apabila saya mendengar album Nothing Face (1989). Album ini adalah album yang menyebabkan saya kagum dengan VoiVod lantas meminati mereka.

VoiVod ni unik, seumpama Mercyful Fate bersama King Diamond. Tiada duanya.

Antara keunikan utama VoiVod ialah ritma gitar mendiang Piggy (Denis D'Amour). Dia jarang menggunakan -chord rock-, iaitu teknik standard band thrash pada zamannya. Beliau menggunakan jazz chords, root third chord, dan banyak lagi benda pelik. Kena dengar baru faham.

Keunikan kedua ialah konsep futuristik dalam lagu dan album VoiVod. Ianya adalah futuristic psychedelia.

Selepas masuk dengan Nothing Face, barulah boleh masuk bila dengar kembali Dimension Hatross. Gegendang telinga dan kepala otak sudah di-brain-fried (adjusted).

Dan seterusnya Killing Technology (1987).

Ketiga-tiga album ini adalah, pada saya, kemuncak kreativiti VoiVod. Album essential.


Arwah Jorn Catarrh adalah peminat kental 2 album terawal War and Pain (1984) dan Rrröööaaarrr (1986). Yang ini memang saya pun sukar nak telan.

Dan selepasnya, Angel Rat (1991) dan The Outer Limits (1993) pula dah terlampau lunak pula. Lebih komersil. Tapi produksi sound gempak la. Macam album Rush zaman synth dulu.

Apapun, saya cadangkan dengar dahulu lagu-lagu ini:

The Unknown Knows (album Nothing Face)

Tribal Convictions (album Dimension Hatross)

Ravenous Medicine (album Killing Technology)

Majoriti orang kenal/kagum dengan Voivod melalui lagu cover Pink Floyd, Astonomy Domine (album Nothing Face). Saya dengar album ni sebelum kenal Pink Floyd. Mati-mati ingat ianya lagu VoiVod. Sedap woi VoiVod cover!

Jika anda beria-ria nak minat VoiVod dan lepas syarat untuk pakai baju VoiVod yang cun tu!

*seleksi chord gitar dalam Langsuir pun saya banyak terpengaruh dengan VoiVod. Tak sengaja sebab apabila kagum, ianya tersimpan dalam sanubari dan ternatijah apabila mencipta lagu.

Nak beli cd VoiVod? Kat sini https://www.rockatlarge.com/search?q=voivod

 atau https://shopee.com.my/search?keyword=voivod&shop=55745105





THUNDERMOTHER band makcik-makcik

Assuming korang tak kenal lagi band ni la kan.  Band ni dianggotai oleh wanita berpangkat makcik! At least, itulah yang nampak pada fizikal ...