Saturday 25 June 2022

MEGADETH We'll Be Back single

Power... power... POWER WEH!!!

Dimulakan dengan gitar bunyi tajam umpama pisau yang menghiris hati yang kemudiannya disahut oleh ritma thrashy yang asli. Abang Mus memulakan bait-bait liriknya dengan vokal menderam trademark hakiki beliau. Bahagian pertama lagu ini adalah kesemuanya yang kita kenali sebagai Megadeth. Gitar solo maut oleh Kiko Loureiro yang sekali sekala disambut oleh gitar solo Abang Mus kita. Drum padu. Cuma bass Steve Digiorgio tak berapa menyerlah la pulak. Ke Steve tak pakai fretless bass beliau?

Bahagian kedua lagu ini dengan irama groove hangguk kepala yang ekstrim. Andai pakcik yang tua ini masih muda, pasti terbalik meja PC menulis ini dikerjakan. Namun disebabkan usia dah lanjut, kita hangguk secara manja sajalah, takut-takut diperhati oleh anak-anak milenial yang sarkastik (dan depressed - camana ada dua sekali ni tak tau la budak2 milenial ni) ;)

Oh ye muzik video lagu ni pun power weh!! Dah macam movie punya trailer. Sila lihat di bawah.

Dengan lain perkataan, lagu We'll Be Back ini meremangkan bulu roma dan menaikkan darah marah muda. MEGADETH will be back!!! 

Album baru, The Sick, The Dying… And The Dead! akan dirilis pada 2hb September! Tak sabar... tak sabar!



Maklumat album boleh dibaca DI SINI.

1 comment:

  1. Adjust cari sat baju2 yang lawa untuk album ni nanti Doc.

    ReplyDelete

THUNDERMOTHER band makcik-makcik

Assuming korang tak kenal lagi band ni la kan.  Band ni dianggotai oleh wanita berpangkat makcik! At least, itulah yang nampak pada fizikal ...