Ramai peminat muzik Thrash Metal yang cuba nak meminati VoiVod tetapi tak dapat minat juga. Adakah anda dalam golongan ini?
Pertama kali saya kenal dengan VoiVod ialah melalui album Dimension Hatross (1988). Kaset Apache cetak rompak. Apa jadi dengan kaset tu? Saya guna untuk dubbing lain. Ya, that bad. Tak boleh masuk langsung.
Pendengaran saya mula berubah apabila saya mendengar album Nothing Face (1989). Album ini adalah album yang menyebabkan saya kagum dengan VoiVod lantas meminati mereka.
VoiVod ni unik, seumpama Mercyful Fate bersama King Diamond. Tiada duanya.
Antara keunikan utama VoiVod ialah ritma gitar mendiang Piggy (Denis D'Amour). Dia jarang menggunakan -chord rock-, iaitu teknik standard band thrash pada zamannya. Beliau menggunakan jazz chords, root third chord, dan banyak lagi benda pelik. Kena dengar baru faham.
Keunikan kedua ialah konsep futuristik dalam lagu dan album VoiVod. Ianya adalah futuristic psychedelia.
Selepas masuk dengan Nothing Face, barulah boleh masuk bila dengar kembali Dimension Hatross. Gegendang telinga dan kepala otak sudah di-brain-fried (adjusted).
Dan seterusnya Killing Technology (1987).
Ketiga-tiga album ini adalah, pada saya, kemuncak kreativiti VoiVod. Album essential.
Arwah Jorn Catarrh adalah peminat kental 2 album terawal War and Pain (1984) dan Rrröööaaarrr (1986). Yang ini memang saya pun sukar nak telan.
Dan selepasnya, Angel Rat (1991) dan The Outer Limits (1993) pula dah terlampau lunak pula. Lebih komersil. Tapi produksi sound gempak la. Macam album Rush zaman synth dulu.
Apapun, saya cadangkan dengar dahulu lagu-lagu ini:
The Unknown Knows (album Nothing Face)
Tribal Convictions (album Dimension Hatross)
Ravenous Medicine (album Killing Technology)
Majoriti orang kenal/kagum dengan Voivod melalui lagu cover Pink Floyd, Astonomy Domine (album Nothing Face). Saya dengar album ni sebelum kenal Pink Floyd. Mati-mati ingat ianya lagu VoiVod. Sedap woi VoiVod cover!
Jika anda beria-ria nak minat VoiVod dan lepas syarat untuk pakai baju VoiVod yang cun tu!
*seleksi chord gitar dalam Langsuir pun saya banyak terpengaruh dengan VoiVod. Tak sengaja sebab apabila kagum, ianya tersimpan dalam sanubari dan ternatijah apabila mencipta lagu.
Nak beli cd VoiVod? Kat sini https://www.rockatlarge.com/search?q=voivod
atau https://shopee.com.my/search?keyword=voivod&shop=55745105
No comments:
Post a Comment